Misteri Makhluk Halus Numpang Sholat, Dihadapkan dengan situasi takut, pelik, seperti berjumpa dengan makhluk halus mungkin menyebabkan kita menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan sholat dan lupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula merasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya saja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami lupa mengemas sejadah.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami biarkan saja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Wisbenbae.

Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustad dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang saja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seperti ini tidak pernah terjadi walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
Mungkin makhluk halus tersebut adalah jin Islam yang mau bersholat. Pernah juga terdengar satu nasihat, jika kita mahu tidur di masjid ataupun surau, jangan tidur di saf pertama kerana nanti ada jin Islam hendak bersolat. Bermungkinan kita akan diangkat untuk dialihkan. Wallahu’alam.

“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustad dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang saja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seperti ini tidak pernah terjadi walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
Mungkin makhluk halus tersebut adalah jin Islam yang mau bersholat. Pernah juga terdengar satu nasihat, jika kita mahu tidur di masjid ataupun surau, jangan tidur di saf pertama kerana nanti ada jin Islam hendak bersolat. Bermungkinan kita akan diangkat untuk dialihkan. Wallahu’alam.
tempat wudhu dimana mas ?
Lihat yg lebih 'menarik' di sini !
Follow @wisbenbae
Lihat yg lebih 'menarik' di sini !
Follow @wisbenbae