GuidePedia

Tiga remaja lelaki adik beradik yang tidak disebutkan namanya dari Republik Dominika ini tidak pernah menginginkan mereka dilahirkan seperti ini. Namun ketidakseimbangan hormon dalam tubuh menyebabkan mereka mempunyai payudara seperti perempuan.


Menurut bapa mereka, Felipe Ramirez, keganjilan pada anak-anaknya mulai dilihat ketika mereka menginjak usia 9 tahun. Kini ketiga-tiga anaknya berusia 10, 12, dan 17 tahun dan dia berasa tertekan pula kerana tidak memiliki dana untuk memberikan anaknya rawatan perubatan. Fenomena ganjil ini membuatkan mereka selalu menjadi mangsa buli.

Kelainan yang dialami oleh mereka dalam dunia perubatan dikenali sebagai Gynecomastia.


Gynecomastia (Gynaecomastia) adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu pada kaum lelaki membesar dan mereka memiliki bentuk fisikal seperti seorang wanita. Gejala abnormal seperti ini mungkin diwarisi dari orang tua, iaitu dari pihak ibu sebagai pembawa gen sifat-sifat tersebut. Golongan lelaki yang sering menderita Gynaecomastia adalah mereka yang proses metabolisme tubuhnya tidak stabil. Namun hal ini tidak disebabkan kerana obesiti atau kegemukan.


Dr Elbi Morla yang memimpin operasi pembedahan yang dilaksanakan atas kemurahan hati pemimimpin Velez Santana Hospital, Dr. Pedro Antonio Delgado (kanan) yang memutuskan pihak hospital menanggung sepenuhnya kos pembedahan.


sumber: http://www.noveloke.com

Beli yuk ?

 
Top