GuidePedia




Berjuta-juta belalang telah menyerang  ladang pertanian yang terletak di Giza, Kaherah. Video di bawah menunjukkan serangan belalang tersebut pada 3 Mac lalu. Menurut Menteri Pertanian Mesir, Salah Abad Almoman berkata kumpulan belalang itu dianggarkan sebanyak 30 juta ekor dan ia telah mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap tanaman.

Di Kaherah, penduduknya cuba membuat pembakaran tayar untuk mengelakkan serangga hijau itu daripada terus menyerang kawasan penempatan mereka. Perpindahan besar serangga itu turut dilaporkan sudah sampai sehingga ke Zafarana, 200 kilometer daripada Kaherah.

Selain itu, belalang-belalang tersebut turut dikhabarkan sudah melanda kawasan Qena di mana mereka telah dikesan menyerang tiga kampung utama yang terletak di situ.

Sumber Al-Ahram melaporkan sejak Januari lalu, perpindahan serangga bermula di Sudan terus melangkaui kawasan Laut Merah, Selatan Timur Mesir, Utara Timur Sudan, Eritrea dan Arab Saudi.



p/s : Byk giler... 

Sumber : Here
Lihat yg lebih 'menarik' di sini !

Beli yuk ?

 
Top