GuidePedia


Pagi ni kami "check-out" dari rumah Adree dan akan menuju ke destinasi kami yang seterusnya iaitu Kota Padang. Hari sebelumnya kami telah berbincang dengan Abang Edy dan dia telah aturkan sebuah van/travel untuk kami yang dipandu oleh temannya juga, iaitu Abang Wan.

Sekitar jam 8 am, Abang Wan telah sampai di rumah Adree. Kami bercadang untuk ke Aur Kuning iaitu tempat membeli belah terkenal di Bukit Tinggi. Sebelum ke Aur Kuning, kami singgah di office Abang Edy untuk menyimpan backpack kami semua di situ.

Sampai di Aur Kuning, Abang Wan turunkan kami di tepi jalan. Aur Kuning ini ialah nama tempat membeli belah yang agak besar. Sebelum kami masuk ke dalam untuk shopping, kami cari tempat untuk sarapan pagi dulu. Apa-apa pun perut kena isi dulu, baru ada tenaga untuk beraktivi betul kan?

Tempat makan yang kami pilih, gerai kecil di tepi jalan betul-betul terletak di sebelah kawasan Aur Kuning. Walaupun hari masih awal pagi, tapi kawasan ini dah sibuk dengan peniaga yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan bermacam jenis barangan.

Ramai makcik yang berjualan di kaki lima

Gerai makan style Indonesia yang dikenali sebagai 'warteg' oleh penduduk lokal cukup 'humble' dan sederhana. Kami memesan pecal ketupat yang berharga 6,000 Rp. lebih kurang RM 2 sepinggan. Boleh tahan sedap juga rasanya, apabila ketupat nasi disajikan dengan kuah kacang dan sayur nangka masak lemak cili api, ditambah dengan keropok bewarna merah jambu.

Sarapan pagi dulu
Pecal ketupat bersama sayur nangka

Selesai makan, kami mula masuk ke dalam kawasan Aur Kuning. Ternyata betul apa yang saya dengar, tempat ini adalah syurga membeli belah bagi kaum wanita. Yang paling terkenal di sini adalah telekung bersulam, kain ela membuat baju kurung, kemeja batik dan banyak lagi. Nurul, Adam dan Intan ada juga hasil tangkapan masing-masing. Saya tak ada langsung, sebab tak ada perasaan nak membeli belah. Biasa memang macam tu, sebetulnya malas nak mengangkut barang.

Pelbagai jenis kain telekung boleh didapati di sini
Sesak dan padat dengan brangan

Setelah puas meronda kawasan Aur Kuning, kami pergi ke seberang jalan untuk menahan 'angkot' untuk balik semula ke office Abang Edy. Tak susah nak cari 'angkot' di sini, memang banyak. Jarak dari Aur Kuning ke office Abang Edy juga tak jauh, cuma 5 minit perjalanan sahaja dengan tambang sebanyak 3,000 Rp.

Sampai di office Abang Edy kira-kira jam 11.00 am. Kami diberitahu sebelumnya, van/travel ke Padang hanya akan berangkat jam 2 pm. Oleh kerana masih awal, kami tanya kepada isteri Abang Edy (yang juga bekerja di travel agency itu) kalau-kalau ada van/travel yang bertolak lebih awal. Setelah dia membuat panggilan telefon, dia beritahu ada van/travel yang akan berangkat jam 12 pm dan kami terus bersetuju untuk naik van/travel jam 12 pm.

Ada masa 1 jam lagi sebelum berangkat ke Padang, kami pergi ke kedai makan yang terletak tak jauh dari kedai travel agency Abang Edy. Kami tak bercadang untuk makan tengahari lagi kerana masih kenyang dengan sarapan pecel ketupat pagi tadi. Jadi kami cuma memesan roti bakar keju dan air saya seperti biasa kopi ais. Sedap juga roti bakar keju ni, nyumss.

Roti bakar keju dengan coklat

Hampir jam 12 pm, kami balik semula ke kedai travel agency Abang Edy untuk mengambil backpack masing-masing dan terus naik van ke Padang. Waktu kami naik, sudah ada seorang penumpang lelaki di dalam van.

Perjalanan ke Padang mengambil masa kira-kira 2 jam. Pemandu van sejak awal memasang lagu berentak disco techno dengan sangat kuat. Cara pemanduannya juga tak sesuai untuk pengidap sakit jantung, bahaya. Kecut perut juga dibuatnya bila lihat cara dia memotong kenderaan lain.

Sebelum sampai di Kota Padang, pemandu van berhenti di Lapangan Terbang Padang untuk menurunkan seorang lagi penumpang yang bersama kami tadi. Setelah itu, kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kota Padang. Pada waktu ini, sudah terasa cuaca yang agak panas, jauh bezanya dengan cuaca dingin di Bukit Tinggi.

Beberapa hari sebelumnya, Adam telah menghubungi Abe iaitu salah seorang ahli Padang Backpacker Community dan kami akan berjumpa dengannya sebaik sahaja sampai di Kota Padang.

Sekitar jam 2.30 pm, kami telah sampai di Kota Padang. Tempat berjumpa dengan Abe adalah di Hotel Basko. Adam cuba menghubungi Abe, tapi talian tidak begitu baik pada waktu itu. Tapi setelah Abe bercakap sendiri dengan pemandu van melalui telefon, kami akan diturunkan di Lapangan Imam Bonjol dan Abe akan menjemput kami di situ. Hotel Basko dengan Lapangan Imam Bonjol tidaklah terlalu jauh, sekitar 15 minit perjalanan.

Sampai di Lapangan Imam Bonjol, kami berempat pun turun dari van. Dengan sekelip mata van tadi telah hilang dari pandangan. Nampak dari gaya pemandu van ni seperti sedang kejar waktu, sebab itulah dari awal perjalanan nampak sangat tergesa-gesa.

Pemandangan biasa di Kota Padang

Waktu kami sampai di Lapangan Imam Bonjol, kami nampak ramai sangat pelajar sekolah dengan pakaian seragam masing-masing. Memang agak sesak waktu tu. Lapangan Imam Bonjol adalah seperti kawasan taman, di tengahnya terdapat satu pentas besar. Kalau tak salah saya, waktu itu ada sambutan Maal Hijrah.

Lapangan Imam Bonjol
Ada sambutan yang meriah
Sementara menuggu Abe

Dalam 5 minit menunggu, kami dah nampak kelibat Abe. Tanpa membuang masa, Abe terus membawa kami berjalan kaki menuju ke hotel untuk kami yang perempuan (saya, Nurul dan Intan), manakala Adam akan menginap di rumah Abe sahaja.

Setelah kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Lapangan Imam Bonjol, kami sampai di Hotel Sriwijaya. Jarak rumah Abe dengan hotel sangatlah dekat, rasanya tak sampai seminit pun.

Berjalan kaki ke hotel
Hotel tempat kami menginap 1 malam di Kota Padang

Sampai di hotel, kami lihat pilihan bilik yang ada dan bersetuju untuk menginap di bilik Standard Room berharga 200,000 Rp. untuk 1 malam. Bilik boleh tahan besar, tandas di dalam, ada tv, berhawa dingin dan disediakan sarapan pagi.

Selepas check-in, kami berehat sekejap di hotel. Tak lama kemudian Abe datang dengan membawa karupuak sate mie, air mineral dan sekotak biskut untuk kami. Terharu jugalah dibuatnya kerana dapat layanan baik begitu. *Terima kasih Abe*.

Pertama kali makan, sedap!
Aksi kebuluran, dayang tengok jer 

Petang itu, Abe mengajak kami berjalan-jalan di sekitar pantai untuk melihat sunset. Dari rumah Abe ke pantai tak begitu jauh, cuma sekitar 30 minit berjalan kaki. Sepanjang perjalanan, kami melalui banyak kedai dan nampak banyak kenderaan yang sedang tersekat dalam kesesakan lalulintas. Keadaan agak hiruk pikuk dengan bunyi hon dan orang ramai yang lalu lalang melintas jalan raya.


Sampai di tepi pantai, kami cari 'port' untuk duduk sambil menunggu sunset. Kami tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar di situ dan banyak juga bersembang. Setelah hari semakin gelap, kami pun beredar dari situ dan menuju ke Andalas Mall untuk membeli sedikit stok makanan untuk camping di pulau pada keesokan harinya. Jarak dari pantai ke Andalas Mall tidaklah jauh, cuma kira-kira 5 minit dengan berjalan kaki.

Port sunset 
Nurul, Adam, Intan dan Abe
Nurul, Adam, Intan dan Et
Sunset :)

Sampai sahaja di dalam mall, kami terus menuju ke bahagian makanan dan membeli beberapa bungkus mi segera, buah-buahan, snek etc. Tanpa kami sedar, banyak juga yang kami beli. Tapi tak apalah biar terlebih makanan jangan terkurang.

Beli stok makanan untuk camping

Setelah selesai membeli belah, kami mencari tempat untuk makan malam pula. Abe telah mencadangkan untuk makan di satu gerai yang menjual Nasi Ampera. Memang kami teruja sebab masing-masing dah lapar tahap dewa :D

Sampai di gerai makan, kami di suruh untuk memilih lauk masing-masing. Saya memilih untuk mencuba "err..maaf tak ingat namanya, tapi seperti telur yang dibungkus dengan usus yang dimasak rendang", memang enak rasanya! Mulanya saya rasa ragu-ragu juga nak pilih lauk tu, tapi makcik kedai makan bagi saya rasa sedikit dulu, bila rasa terus je order. Hehe. Bila semua dah dapat makanan masing-masing, memang tak tengok kanan kiri dah, sebab lapar.

Nasi Ampera, sedap!

Pada masa yang sama, Dbond sms dan beritahu dia sudah sampai di Padang. Kami mengajaknya untuk makan malam sekali dengan kami. Tak lama menunggu Dbond pun sampai dengan backpacknya. Rupanya dia telah hitchhiking dari Bukit Tinggi sehingga ke Padang.

Waktu nak membayar makanan, pekerja kedai cakap makanan kami semua telah dibayar. Kami sedikit terkejut waktu itu. Rupanya Abe telah membayarnya dari awal lagi. Terharu lagi buat kali kedua. *Terima kasih Abe*.

Selepas itu, kami pun berjalan pulang ke hotel. Adam dan Dbond menginap di rumah Abe. Kami harus tidur awal kerana esok pagi-pagi lagi seawal jam 6.30 am kami akan ke Lapangan Imam Bonjol untuk berjumpa dengan teman-teman dari Padang Backpacker Community yang lain.

Entri seterusnya saya akan bercerita tentang perjalanan kami ke pulau dan pengalaman berkhemah 3 hari 2 malam di pulau yang tak berpenghuni  :)

Lihat yg lebih 'menarik' di sini !

Beli yuk ?

 
Top