Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center ialah penjara yang unik di Filipina. Ianya penjara yang menggunakan koreografi tarian sebagai salah satu cara untuk memulihkan banduan yang ditahan di dalamnya. Kami pasti anda pernah melihat video banduan berbaju oren menari lagu Thriller beberapa tahun yang lalu. Banduan-banduan ini kesemuanya meringkuk di dalam penjara CPDRC.
Video tarian mereka menjadi viral dan lama-kelamaan pihak penjara mengenakan bayaran kepada orang awam yang ingin melihat persembahan banduan-banduan di dalam penjara ini. Walaubagaimanapun pada tahun 2010 persembahan tarian banduan ini dihentikan kerana wang yang dikutip dikatakan disonglap oleh pihak pengurusan penjara. Selain daripada itu pihak Amnesty International mendakwa ada banduan yang dipukul apabila enggan menyertai tarian beramai-ramai ini. Mereka juga berkata keadaan di dalam penjara ini masih lagi belum sempurna dan mengikut piawaian hak asasi manusia.
Jadi inilah cerita disebalik video viral. Selepas menjadi terkenal digunakan oleh pihak penjara untuk mengaut keuntungan!
sumber : Klik Sini
Follow @wisbenbae