GuidePedia

Zlin, Republik Czech - Seorang wanita yang telah menghabiskan masa selama empat jam menghisap rokok ganja terpaksa diselamatkan selepas dia memanjat tiang elektrik 40 kaki ketika dia sedang berhalusinasi bahawa dia berada di atas sebuah jambatan. Seorang penduduk tempatan yang ketakutan melihat aksi ngerinya terus menghubungi pihak berwajib.

Jurucakap polis, Jan Macalikova berkata: ''Ia adalah mimpi ngeri kerana wanita itu berada di bawah pengaruh dadah dan dalam keadaan halusinasi hingga beranggapan tiang elektrik itu sebagai jambatan merentasi sungai Morava''.

Selepas dipujuk dua jam oleh kaunselor dadah dan polis, akhirnya wanita itu berjaya di bawah turun. Dia kini dirawat di hospital kerana pengaruh dadah. Dia bernasib baik kerana tidak terkena renjatan voltan yang tinggi.








Lihat yg lebih 'menarik' di sini !

Beli yuk ?

 
Top