GuidePedia




Vladimir Komarov adalah seorang juruterbang ujian, jurutera aerospace dan juga angkasawan Soviet. Beliau merupakan salah sseorang dari angkasawan kumpulan pertama yang terpilih pada tahun 1960. Dipendekkan cerita, pada tahun 1967, Komarov telah diarahkan oleh pihak atasan untuk menjadi angkasawan untuk kapal angkasa Soyuz 1. 

Vladimir sudah tahu yang kapal Soyuz 1 mengalami banyak masalah dan tidak bersedia untuk menjalani misi angkasa lepas. Beliau turut menulis surat kepada pihak atasan untuk menangguhkan misi ini. Namun ketua Komarov ketika itu sangat tegas dan tidak mahu menangguhkan misi itu dan mengarahkan agar misi itu diteruskan. Jika Komarov enggan, angkasawan ganti, iaitu Yuri Gagarin akan dipilih. 


Oleh kerana tidak mahu rakannya menjadi mangsa, beliau sanggup untuk meneruskan misi tersebut. Seperti yang dijangka, roket Soyuz 1 mengalamai pelbagai masalah ketika pelancaran. Antenna tidak berfungsi, kuasa enjin turut mati dan navigasi telah rosak. Komarov berjaya berlepas ke angkasa walaupun mengalami banyak masalah, Namun masalah timbul apabila ingin kembali ke bumi. 

Setelah 19 kali mengelilingi bumi, akhirnya Komarov berjaya memasuki atmosfera namun semua fungsi kapal telah rosak. Payung terjun tidak berfungsi dan minyak sudah habis. Akhirnya Komarov terhempas dan mati hangus. Begitulah kisah seorang hero yang sanggup berkorban demi menyelamatkan rakannya iaitu Yuri Gagarin .



Sisa mayat Komarov






Lihat yg lebih 'menarik' di sini !

Beli yuk ?

 
Top