GuidePedia

0


Helikopter sudah wujud sejak 1936 tetapi hanya mula menjadi praktikal selepas diperbaiki rekaannya oleh Igor Sikorsky. Konfigurasi helikopter biasanya ialah sepasang bilah kipas pada bahagian atas dan sebilah lagi di bahagian ekor. Tetapi dengan Sikorsky S 97 Raider, sebuah perubahan besar dilakukan pada rekaan helikopter yang biasa anda lihat. S 97 Raider mempunyai sistem kipas bertingkat dengan penambahan kipas penolak pada bahagian bawah. Dengan menggabungkan kestabilan sistem kipas bertingkat dan sistem kipas penolak pada bahagian belakang, S 97 Raider dapat bergerak pada kelajuan 444 Kilomter sejam. Ini adalah jauh lebih pantas berbanding helikopter dengan rekaan konvensional. Helikopter hibrid ini akan digunakan anggota pasukan khas Amerika Syarikat dan menjadi helikopter peninjau medan perang. Harga seunit adalah sekitarRM 49 juta. 








Post a Comment Blogger

Beli yuk ?

 
Top