GuidePedia



Tiga orang kini disahkan terkorban akibat dua letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Antarabangsa Boston di Massachusetts, awal pagi ini. Menurut polis Boston, mangsa yang terkorban termasuklah seorang budak lelaki berumur lapan tahun.

Pihak hospital pula berkata, sekurang-kurangnya 144 orang cedera dalam insiden letupan itu dengan 17 daripada mereka berada dalam keadaan yang kritikal.

Pihak berkuasa tempatan masih kebingungan letupan itu angkara siapa sekaligus mencetuskan spekulasi Amerika Syarikat telah diserang untuk kali kedua selepas insiden 11 September 2001.

Presiden Barack Obama dalam satu kenyataan segera yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen dengan pantas meminta semua pihak jangan membuat sebarang kesimpulan bahawa ini adalah serangan pengganas sehinggalah pihak berkuasa mengumpul segala maklumat terperinci.


p/s : Horror beb.. 

Sumber : Here

Dapatkan Wisbenbae versi Android,GRATIS di SINI !Lihat yg lebih 'menarik' di sini !

Beli yuk ?

 
Top