GuidePedia

0

Sebuah syarikat automotif, Liechtenstein berjaya menghasilkan sebuah kereta sport yang mampu bergerak pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dengan hanya menggunakan air garam.

Mail Online melaporkan, kereta yang dikenali sebagai Quant e-Sportlimousine itu dibina oleh syarikat NanoFlowcell AG dengan menggunakan sistem enjin aliran elektrolit untuk menggerakkannya.


Sistem enjin tersebut mempunyai persamaan dengan kenderaan mesra alam yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api utama, cuma yang berbeza adalah kereta itu mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam tempoh masa 2.8 saat itu menggunakan air garam.

Quant e-Sportlimousine mula menjadi perhatian selepas membuat penampilan pertama dalam pertunjukan Motor Show di Geneva pada Mac lalu, teknologi enjin air garam itu kini dibenarkan digunakan di negara-negara Eropah.

Setakat ini masih belum ditetapkan harga dan bila kereta sport terbabit akan dikeluarkan, dengan sesetengah pakar permotoran berpendapat nilai Quant e-Sportlimousine boleh mencecah lebih daripada AS$ 1.7 juta (RM5.39 juta).

Pengerusi NanoFlowcell AG, Prof. Jens-Peter Ellermann berkata, kereta tersebut telah mendapat sijil kebenaran untuk digunakan di negara-negara Eropah.

“Kami mempunyai perancangan masa yang panjang dan tumpuan bukan hanya dalam ruang lingkup perusahaan automotif sahaja.

“Potensi untuk NanoFlowcell AG amat besar terutamanya dalam terma pembekal sumber tenaga domestik termasuklah untuk kegunaan maritim, kereta api dan penerbangan,” jelas Ellermann seperti yang dilaporkan UtusanMalaysia semalam. 

Post a Comment Blogger

Beli yuk ?

 
Top